Situasi I
"Zafwan, macam maner ni? Saya tak study lagi, exam lusa, sempat ke tak ni?" kata Dahlan.
"Ala kau ni, kau datang sini bukan untuk blaja medik; ko datang sini kan untuk mengaji agama, so xyah risau la, pergi la mengaji. Tak study [baca study medik] pun xper. Core bussiness kau kan agama. Study medik ni benda-benda sampingan jer. So, buat ape risau-risau." Laju tutur Zafwan, yang terkenal dengan sindiran pedas.
Situasi II
Status YM Qusairi pada Selasa
"Sempat tak study nih, ade 7 hari lagi sebelum exam, sempat ke baca satu buku nih"
Status YM Qusairi pada Ahad, 2 hari sebelum exam
"Adeih, xstudy lagi nih, mcm maner nk exam lusa ni"
Zafwan [berkata dalam hati]: Budak ni nk study ke x? Mengeluh tapi bukan nk buat.
Situasi III
Naqi: Tahniah anda ditaklif sebagai pengarah program Pengenalan Islam.
Zafwan: Maaf, saya tak boleh terima. Saya tak mampu dan ramai lagi yang berbakat. Saya tengah organize balik hidup saya. Harap memahami
Naqi: Kami dah setuju sebulat suara melantik anta Zafwan.
Kesimpulan
Pelajaran [baca study medik] hanya benda sampingan sahaja. Tak perlu usaha sungguh-sungguh, buat ala kadar sahaja, rileks sudah. Result maqbul pun dah kira mantap. Exam bukan penentu tahap ilmu sebenar. Nanti graduate, semua sama sahaja. Jadi HO. Orang [baca MO atau senior Dr] bukan tengok pun result exam maser 1st atau 2nd year.
Kita perlu utamakan menonton cerita Korea dan Jepun dan mendalami bahasa Korea dan Jepun. Ini adalah kerana, dalam dunia globalisasi tidak dapat tidak [baca mesti] kita perlu berhadapan dengan masyarakat yang menggunakan pelbagai bahasa. Di samping itu, ini memudahkan kita berkomunikasi dengan pengguna bahasa tersebut yang dijangka bertambah penggunaannya di Malaysia. Ini juga selaras dengan kepakaran medik yang banyak di sana.
Kita perlu menghabiskan masa kita dengan bermain games terutamanya DOTA dan PES. Ini dapat melatih fikiran kira untuk bertindak pantas dan percise atau accurate dalam membuat keputusan yang segera. Dengan latihan intensif setiap hari, koordinasi visual dan motor akan bertambah pantas. Bagi future robotic surgery specialist, ini adalah digalakkan.
Kita perlu menerima segala tugas yang ditaklifkan oleh pimpinan. Kita tidak boleh menolak. Kerana ini adalah derhaka. Kita perlu memberikan wala [baca ketaatan] sepenuhnya kepada pimpinan. Kerja-kerja persatuan melatih kita dalam pengurusan organisasi pada masa depan. Apa-apa pun kerja persatuan kena letak no 1, settlekan dahulu yang ni sebelum boleh buat benda lain [baca untuk tonton movie/serie atau main games; jangan baca untuk prepare for exam]. "Enta jangan susahkan orang lain dengan tak buat kerja enta."
"Banyak idea itu bagus, tetapi kalau menyusahkan orang lain. Buat aper!!, Jawabnya: Tak salah mempunyai banyak idea, tetapi jangalah menyusahkan orang"
Harapan Baru Untuk PERUBATAN
9 hours ago













